Kunjungan Hormat Yayasan Sabah

12 Disember 2019 (KUANTAN) – KUIPSAS menerima Kunjungan Hormat daripada Yayasan Sabah pada hari ini dalam rangka lawatan mereka ke beberapa buah IPT di Semenanjung Malaysia. Delegasi Yayasan Sabah diketuai oleh Puan Zaidah Hussain (Pengurus Kanan Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur) dan turut disertai oleh Encik Sabli Aliju (Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Pendidikan) dan Encik Roslan Khairuddin (Pegawai Hal Ehwal Pelajar Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur).

Kunjungan Hormat diadakan bertujuan untuk membentuk kerjasama di antara Yayasan Sabah dan KUIPSAS bagi membantu pelajar-pelajar berasal dari negeri Sabah yang tergolong dalam kelompok B40 serta golongan fakir dan miskin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

KUIPSAS secara dasarnya bersetuju untuk menjalinkan kerjasama ini kerana ianya selari dengan Perancangan 2020 KUIPSAS iaitu untuk menjadi Universiti Islam bagi Golongan Asnaf dan B40.