Kunjungan Hormat Kepada Yab. Menteri Besar

18 Julai 2019 (KUANTAN) – Pengurusan Kanan KUIPSAS yang diketuai Rektor Kuipsas, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin mengadakan Kunjungan Hormat kepada Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail di pejabatnya pagi ini. Kunjungan hormat yang julung kali diadakan selepas pelantikan Rektor baharu KUIPSAS ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perkembangan semasa KUIPSAS secara terus kepada YAB. Menteri Besar.

YAB. Menteri Besar yang juga merupakan Pro Canselor KUIPSAS meluangkan masa selama 45 minit untuk mendapatkan maklumat terkini KUIPSAS secara terus daripada Pengurusan Kanan KUIPSAS walaupun jadual aktiviti dan tugasannya sangat padat pada hari ini.

Delegasi KUIPSAS turut disertai oleh Timbalan Rektor, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang dan Penolong Pendaftar Sumber Manusia. dan En. Wan Emril Nizam.