KUIPSAS Teroka Ruang Kerjasama Dengan Ikmas

21 Mac 2019 (KUCHING) – KUIPSAS mengadakan Kunjungan Hormat ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) pada hari ini bagi meneroka ruang kerjasama di antara kedua-dua pihak. Kunjungan Hormat ini disambut oleh Ybhg. Dr Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah IKMAS dan turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan IKMAS. Delegasi KUIPSAS terdiri daripada En. Muhammad Hafiz bin Yaakob (Dekan FPP), Ustaz Ainuddin bin Kamaruddin (Ketua Jabatan Dakwah) dan En. Muhammad Hisyamudin bin Baharudin (Pen. Pendaftar Perhubungan Korporat).

Perbincangan yang diadakan telah mencapai beberapa persetujuan asas seperti peluang pelajar IKMAS melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di KUIPSAS melalui pindahan kredit serta kerjasama dalam bentuk program-program akademik. Semasa sesi Kunjungan Hormat ini berlangsung, turut diadakan program Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh En. Abi Sufian bin Abdul Aziz (Pensyarah Jabatan Perakaunan) dan disertai oleh pensyarah-pensyarah dan kakitangan IKMAS.

Â