KUIPSAS Terima Zakat TM

13 Disember 2019 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima Lawatan Kerja oleh Pengurus Besar Negeri Telekom Malaysia Berhad bertujuan untuk menyampaikan Zakat Perniagaan yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi tersebut. Zakat disampaikan kepada Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.

Dalam ucapannya, Rektor mengucapkan penghargaan kepada TM Pahang dan memaklumkan agihan zakat tersebut akan dimanfaatkan untuk kebajikan pelajar-pelajar KUIPSAS. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan-Timbalan Rektor, Pendaftar, Bendahari, Penolong Pendaftar HEPA dan Puan Normah Bt Mamat, Pengurus Perhubungan Awam TM Pahang.