KUIPSAS Serah Face Shield Kepada Jabatan Kesihatan

01 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS menyerahkan 400 unit pelindung muka (𝘧𝘢𝘤𝘦 𝘴𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) di lobi jabatan itu hari ini. Pelindung muka ini disediakan selama dua hari oleh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) sambil dibantu oleh sukarelawan pelajar KUIPSAS.

Serahan pelindung muka ini dilakukan oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan diterima oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan)
JKNP, YH. Dato Khairur Rizal bin Ramli. Pelindung muka ini akan digunakan oleh petugas-petugas kesihatan di barisan hadapan yang setiap hari memerlukan peralatan yang lengkap bagi mengekang penularan wabak Covid-19 pada masa ini.