KUIPSAS Penuhi Jemputan Berbuka Puasa Bersama Yang Dipertuan Agong

11 Mei 2019 (KUALA LUMPUR) – KUIPSAS sangat bertuah kerana telah dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bersama YAB. Perdana Menteri, YAB. Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan Kenamaan Asing di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Seramai 40 orang Pengurusan Kanan, pensyarah dan kakitangan KUIPSAS telah menghadirkan diri ke Istana Negara bagi memenuhi undangan yang sangat istimewa ini.

Semasa majlis berlangsung, KUIPSAS telah mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama KDYMM Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta berpeluang menunaikan Solat Sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah bersama Tuanku berdua di Surau Istana Negara. Lebih istimewa apabila Tuanku berdua berkenan untuk merakam gambar kenangan sebelum ahli rombongan KUIPSAS berangkat pulang ke Kuantan.

Menjunjung Kasih, Tuanku.