KUIPSAS Bantu Kerajaan Negeri Wujudkan Pusat Latihan Negeri Pahang

21 SEPTEMBER 2021 (KUANTAN) – KUIPSAS dipilih oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan Pusat Latihan Negeri Pahang dan Program Diploma Pentadbiran Awam Negeri Pahang yang melibatkan kos RM265,030.
Demikian menurut YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Program Professional Pentadbiran Awam Negeri Pahang.
Menurutnya lagi, matlamat pewujudan pusat dan penganjuran diploma ini adalah untuk mendedahkan penjawat awam negeri Pahang mengenai konsep kenegaraan, peraturan asas perkhidmatan awam, tatacara pengurusan kewangan, memupuk keperibadian dan jati diri, pengetahuan asas berkaitan Negeri Pahang, kursus Pengenalan Islam dan tulisan Jawi.
Program yang dijangka akan dilaksanakan selama enam bulan secara dalam talian itu menggunakan 15 modul utama dan akan melibatkan pegawai lantikan baharu Negeri Pahang seramai 200 orang.
Link LIVE @ FB KUIPSAS : https://www.facebook.com/KUIPSASofficial/videos/563947714924386