Keprihatinan GPMS Pahang Dihargai

10 April 2020 (KUANTAN) – Sumbangan terus diterima daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menyantuni pelajar-pelajar KUIPSAS sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pahang hari ini tampil menghulurkan sumbangan bagi mendekati pelajar-pelajar KUIPSAS dan menyatakan keprihatinan atas situasi semasa yang dihadapi pelajar sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Sumbangan barang-barang keperluan disampaikan oleh GPMS Pahang kepada pelajar-pelajar yang tinggal di rumah-rumah sewa. Serahan sumbangan ini diketuai oleh Pengerusinya, Sdr. Mohd Isharizall Sahak dan Setiausaha, Sdr. Wan Haffizul Wan Ismail yang juga merupakan salah seorang Alumni KUIPSAS.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS, YBrs. Dr. Asmadi Abdul Rahman serta kakitangan Jabatan HEPA KUIPSAS.

Terima kasih GPMS Pahang.