Kenali Bahasa Inggeris Melalui Permainan

22 Januari 2020 (KUANTAN) – Persatuan Pelajar Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi (FOLAFSSA) hari ini menganjurkan program “Rocket to The Moon” yang disertai seramai 56 orang pelajar Tahun 6 dari Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan. Program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar supaya lebih mengenali Bahasa Inggeris melalui permainan bahasa dan memupuk nilai-nilai murni yang terpuji dalam diri mereka.

Pelbagai aktiviti bahasa diadakan seperti “Ice-Breaking”, “Explorace”, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Ceramah Motivasi. Ceramah disampaikan oleh Sdr. Muhammad Aqil Iqbal bin Mohd Zulkiffli, Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Program turut dihadiri oleh Dekan FOLAFS, YBrs. Prof. Madya Dr. Jelani bin Sulaiman, pensyarah-pensyarah FOLAFS dan 3 orang Guru Pengiring Sek. Ren. Islam Al-Irsyad.