JAIP Hulur Bantuan

24 Disember 2021 (Jumaat)
Seramai 20 kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hadir ke UnIPSAS untuk menghulurkan bantuan kerja-kerja membersihkan premis yang terjejas banjir.
Sebahagian daripada mereka merupakan Alumni UnIPSAS dan membantu membersihkan Aras Bawah Blok A dan Blok B Asrama Penginapan UnIPSAS. Turut hadir ialah Pengarah JAIP, YH. Dato’ Dr. Hj. Zulkifle bin Ali Al-Hafiz serta pegawai-pegawai kanannya.