Go Green Camp Galak Pelajar Hargai Alam Sekitar

19 Januari 2020 (KUANTAN) – Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (FTMK) KUIPSAS menganjurkan program Go Green Camp selama dua hari yang berakhir hari ini bertempat di Kem Chempaka, Pantai Sepat, Kuantan. Program telah disertai oleh semua pelajar FTMK KUIPSAS.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Aktiviti utama iaitu khidmat masyarakat yang dijalankan di sepanjang persisiran pantai dengan pelajar-pelajar FTMK mengutip sampah sarap dan membersihkan kawasan pantai yang sering dikunjungi oleh orang awam untuk beriadah ini. Aktiviti ini telah mendekatkan lagi pelajar dengan alam sekitar dan meningkatkan kesedaran mereka untuk sentiasa memelihara alam sekitar.

Aktiviti-aktivit lain yang turut diadakan ialah Bengkel Fotografi, Sukaneka, Jamuan BBQ dan Ceramah Motivasi. Program turut dihadiri oleh Dekan FTMK, Puan Zarina binti Kamarozaman dan pensyarah-pensyarah FTMK.

83030661_119591392914143_4164597012588658688_o
82555407_119636306242985_3663092381722345472_n
82914810_119598442913438_7059562290449743872_o
82938949_119639972909285_96677201277091840_n
82977457_119595299580419_3939263855506489344_o
83071268_119599342913348_108339248666509312_o
83087094_119639909575958_1565549264820502528_n
83114424_119597302913552_8169212678154223616_o
83161023_119598099580139_2944983706781089792_o
83280490_119593162913966_4883805778978275328_o
83290101_119595309580418_9165843148948111360_o