Food Bank YaPEIM 1.0 Ringankan Beban Pelajar B40

4 Januari 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS terpilih sebagai salah satu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang menerima sumbangan Pek Makan Sedia Dimakan (Ready To Eat) Food Bank 1.0. Program Food Bank 1.0 ini merupakan sumbangan dalam bentuk pek makanan bahan kering yang “ready to eat” dan disasarkan kepada pelajar kelompok B40 seramai 150 orang.

Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Pn. Norkhalilah Hanim Bt Hamid, Pengurus YaPEIM Negeri Pahang. Dalam ucapannya, beliau menyatakan inisiatif YaPEIM ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung golongan sasar di KUIPSAS sekaligus membantu mereka berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian. Turut hadir dalam program ini ialah Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA), YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman, Dekan-Dekan Fakulti, pegawai-pegawai HEPA KUIPSAS dan pegawai-pegawai YaPEIM Negeri Pahang.