Bengkel Penggubalan Program Phd Selesai

29 Januari 2020 (KUANTAN) – Fakulti Pengajian Islam (FPI) dan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) KUIPSAS telah selesai mengadakan Bengkel Penggubalan Program Pengajian Peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengajian Islam pada hari ini. Bengkel diadakan bertujuan untuk menyediakan dokumen permohonan kepada pihak Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi KUIPSAS menawarkan program pengajian peringkat PhD dalam bidang Pengajian Islam.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua orang Panel Akademik yang telah dilantik iaitu Prof. Dr. Abdul Basir bin Mohamad (UKM) dan Prof. Dr. Asyraf bin Hj. Abd. Rahman (UMT). Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dalam ucapan penutupnya berharap agar program PhD Pengajian Islam ini akan dapat ditawarkan dengan kadar segera selepas mendapat kelulusan daripada pihak MQA dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).