Bengkel Pemurnian Ijazah Baharu Tahfiz

8 Februari 2020 (KUANTAN) – Bengkel Pemurniaan Kurikulum bagi menawarkan program pengajian baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Dengan Pengurusan Islam (Kepujian) telah selesai diadakan hari ini. Bengkel selama 2 hari itu dianjurkan oleh Jabatan Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS bertempat di Grand Darulmakmur Hotel Kuantan.

Bengkel diadakan bertujuan untuk memurnikan dan menambah baik kurikulum yang telah dibentuk sebelum ini. Semakan dan penilaian dikendalikan oleh dua orang Panel Akademik iaitu Prof. Madya Dr. Tajul Aris bin Ahmad Bustami dari UIAM (Panel Bidang Pengurusan Islam) dan Prof. Madya Dr. Abdul Rahman bin Abdul Ghani dari UPSI (Panel Bidang Tahfiz Al-Quran). Panel ke-3 merupakan Panel Industri iaitu Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya.

Bengkel disertai oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Quran Sunnah KUIPSAS yang turut dihadiri oleh Rektor KUIPSAS dan Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS. Majlis Penutup dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hj. Rosli bin Omar, Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan KUIPSAS.