Bantu Palestin Melalui Jihad Ilmu

21 Mei 2021 (KUANTAN) – Kita boleh memainkan peranan membantu umat Islam di Palestin dengan melakukan Jihad Ilmu iaitu memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai sejarah dan perkembangan semasa di Palestin kepada orang ramai. Demikian menurut YBrs. Dr. Safiah binti Abd. Razak, Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dalam Program Tazkirah Duha KUIPSAS bertajuk “Panggilan Jihad Di Bumi Palestin” pada pagi ini.
Tazkirah Duha KUIPSAS diadakan secara dalam talian disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebahagian besar Anggota Kerja KUIPSAS sedang Bekerja Dari Rumah (BDR).
Menurut Dr. Safiah lagi, umat Islam juga boleh melakukan Jihad Harta dengan menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk membantu saudara Muslim di Palestin bagi meningkatkan rasa kebersamaan sesama umat Islam.