Banjir 2021, UnIPSAS Berduka

Kampus UnIPSAS mula dinaiki air banjir yang melimpah dari Sungai Belat bermula jam 8.00 malam, 18 Disember 2021 (Sabtu). Air banjir naik dengan pantas dan memenuhi kawasan-kawasan rendah di dalam kampus.
Menjelang tengah malam, keseluruhan kampus telah dinaiki air banjir menjadikkannya bencana terburuk sejak 25 tahun penubuhan UnIPSAS.
Paras air banjir dilihat bertahan dan masih memenuhi kawasan kampus pada waktu tengahari, hari Ahad 19 Disember 2021.