Program Ziarah Dakwah dan Perasmian Surau Kampung Orang Asli Sungai Lebak

12 Februari 2020 (BENTONG) – seramai 4 orang pensyarah dan 12 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiyyah telah terlibat dalam program Ziarah Dakwah dan juga Perasmian Surau Kg Lebak, Bentong.
Program ini bertujuan untuk menyantuni dan beramah mesra bersama penduduk di kampung orang asli selain memperkenalkan KUIPSAS kepada penduduk disekitar.

 

Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program selama 2 hari 1 malam ini diadakan, antaranya ziarah dari rumah ke rumah penduduk kampung untuk menyampaikan bantuan, perasmian Surau Al-Fatih Kg Sungai Lebak Bentong, sukaneka, pemeriksaan kesihatan, program pemutihan dan juga tayangan wayang pacak.

 

Program anjuran MUIP ini juga menjalankan berkolaborasi bersama jabatan-jabatan lain seperti Polis DiRaja Malaysia, Bomba dan Penyelamat, JAKOA, Kementerian Kesihatan dan sebagainya.

 

Majlis Perasmian Program Ziarah Dakwah dan Surau Al-Fatih Kg Sg Lebak ini turut dihadiri oleh Kadi Daerah Bentong, Pegawai Zakat MUIP, Rektor KUIPSAS, Ketua Kampung Sg Lebak dan pegawai-pegawai jemputan yang lain.

e4721ccc-6ee6-41fe-8f82-f5007d208584
52b5fa80-06d5-40b9-a7e3-d7c6729f4a08
939e5193-f435-4073-baef-9b538ab975ad