Program Tazkiyah AN-NAFS (Penyucian Jiwa) Klien Aadk Daerah Pekan

28 Disember 2021 (PEKAN) – Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pekan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negeri Bebar, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Pekan (JKPD) telah menganjurkan program Program Tazkiyah An-Nafs (Penyucian Jiwa) Klien AADK Daerah Pekan.
Program dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Arif, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, merangkap ADUN Kawasan Bebar.
Program Tazkiyah An-Nafs (Penyucian Jiwa) ini dianjurkan kepada belia yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah bagi mewujudkan rasa keinsafan seterusnya menangani pengaruh negatif tersebut.
Seramai 26 orang pensyarah FPI UnIPSAS dan 6 orang pelajar Jabatan Dakwah telah mengendalikan slot pengisian kepada klien AADK seperti garis kehidupan, ceramah pembangunan jiwa apabila diuji, solat tiang agama, tahsin surah al-Fatihah, praktikal solat dan edaran soal selidik.