Program Seminar Al-Quran Rasm Uthmani Negeri Pahang Tahun 2017/1438

11 Jul 2017 (Selasa) – Program Seminar Al-Quran Rasm Uthmani Negeri Pahang Tahun 2017/1438 dianjurkan oleh KUIPSAS pada hari ini dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan.

Seramai 300 orang peserta hadir ke program ini yang terdiri daripada Pegawai, Imam dan Bilal Masjid-Masjid Daerah Kuantan, pelajar-pelajar KUIPSAS dan Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur.

Sebanyak tiga tajuk akan dibentangkan iaitu :
1- Sejarah Al-Quran, Pengumpulan dan Penulisan
2- Kaedah Penulisan Rasm Uthmani dan Dhabt
3- Penerangan Berkaitan Akta Percetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986
4- Penerangan Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan dan Perhiasan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran.

Para penceramah yang terdiri daripada Pengkaji Al-Quran dan berpengalaman iaitu Us.Nasaruddin Bin Ngah merupakan Penolong Pengarah Unit Penapisan Media Bhgn Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Ybhg. Ustaz Jafri Bin Abdullah merupakan Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan Al-Quran KDN dan Ybhg. Ustaz Faddly Ismail adalah calon phD dalam kajian penyelidikan Al-Quran Rasm Uthmani dan merupakan bekas Dekan Fakulti Pengajian Islam (KUIPSAS).

Antara objektif program ini diadakan adalah memberi pendedahan dan kefahaman mengenai kaedah Rasm Uthamni dan pengawalseliaan teks /bahan Al-Quran di negara ini melalui peruntukan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986. Menyebarkan serta menyampaikan pengajaran dan pembelajaran AL-Quran mengenai kaedah penggunaan Al-quran Rasm Uthmani yang lebih berkesan dan sistematik dan mempercepatkan proses penyelarasan penggunaan Al-Quran Rasm Uthmani di kalangan masyarakat awam di Malaysia.

Program seminar ini dirasmikan penutupnya oleh YB. Dato’ Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang.

Semoga program seminar memberikan manafaat kepada para peserta yang hadir terutama untuk lebih mendekatkan diri dengan kitab suci Al-Quran.