Program DAURAH ILMU

21.12.2016 (Rabu) – KUIPSAS telah dipilih sebagai tempat untuk program DAURAH ILMU(PENGAJIAN KITAB) anjuran Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Peserta program terdiri daripada bilal-bilal masjid daerah Pahang. Sesi pengajian kitab telah disampaikan oleh Ybhg.Ustaz Muhammad Awis Qarni bin Abdul Wahab, Pengetua Pusat Pengajian Tahfiz Ribat Al-Mustafa & Ribat Az-Zahra,Sungai Karang Kuantan. Program yang berlangsung telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).