Pesilat KUIPSAS Bersaing Di Peringkat Kebangsaan

17 November 2019 (BANGI) – Seorang pesilat KUIPSAS menyertai Kejohanan Silat Olahraga Keris Emas 2019 yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan berakhir pada hari ini. Kejohanan yang diadakan di Dewan Sri Sarjana UNITEN Bangi ini merupakan kejohanan peringkat kebangsaan dan disertai oleh pesilat-pesilat dari seluruh negara.

Siswa KUIPSAS, Asyraf Hakimi Bin Abdul Jalil menjadi peserta tunggal KUIPSAS dalam kejohanan ini dan berjaya memberikan saingan sehingga mara ke peringkat suku akhir.