Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat Negeri Pahang

16.12.2017 (Sabtu) – Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Pahang (JKKN) telah mengadakan Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat Negeri Pahang. Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan ini termasuk pasukan KUIPSAS. Antara pasukan ini ialah pasukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah KUIPSAS, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan lain-lain lagi. Antara nama pasukan yang diberikan ialah Panca Mestika, Manira kenchana, Sri Kemunting,Gading Bertuah dll.
Pasukan KUIPSAS dengan nama Baiduri Kirana telah berentap dengan pasukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat di peringkat saringan dan lepas ke suku akhir dan berentap pula dengan johan keseluruhan pertandingan ini iaitu Kelab Sri Maulana Pekan yang menamakan diri mereka Pancha Mestika. Pasukan KUIPSAS yang diuruskan oleh Pn Nurizan Baharum telah menampilkan 3 pemantun iaitu En Abi Sofian Abd Aziz, Pn Afifah Abdullah, Pn Norillah Abdullah Hassim dan pemantun simpanan Pn Nor Dalila Abd Karim. Program ini yang diadakan bagi memilih pasukan terbaik untuk mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan pada tahun hadapan.