MRA Pahang Agih Sumbangan

25 Mac 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS menerima sumbangan daripada Malaysian Relief Agency (MRA) Negeri Pahang pada hari ini. Sumbangan dalam bentuk barang-barang keperluan harian ini disampaikan kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman.

MRA Pahang merupakan sebuah NGO Bantuan Kemanusiaan yang sentiasa menyampaikan sumbangan kepada orang ramai yang terjejas disebabkan bencana yang berlaku. Sumbangan yang disampaikan hari ini akan dimanfaatkan oleh KUIPSAS sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini.