Majlis perasmian Wacana Muamalat Islam Peringkat Negeri Pahang

27.12.2016 (Selasa) – Majlis perasmian Wacana Muamalat Islam Peringkat Negeri Pahang, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama KUIPSAS, AIBIM, MTA dan IBFIM. Telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, selaku wakil rasmi kepada YAB. Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang. Turut mengiringi, YH. Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS, Ybhg. Dr. Sharafuddin Aisa bin Haji Osman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Alumni, YH. Dato’ Dr. Haji Ahmad Munawar bin Haji Abdul, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Ybhg. Ustazah Hasiah bin Mat Salleh, Pengarah Program, wakil dari JAKIM,IBFIM,MTA dan AIBIM. Antara objektif program ini ialah menyedarkan masyarakat mengenai tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang sewajibnya memilih setiap urusan kehidupan yang bertepatan dengan syarak. Seramai 450 peserta yang telah hadir ke program ini, antaranya pelajar-pelajar IPTA/S di sekitar daerah Kuantan termasuk pelajar KUIPSAS, wakil-wakil Jabatan Kerajaan Negeri Pahang dan NGO bukan Kerajaan. Dikesempatan ini juga, pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada petugas-petugas yang terlibat menjayakan program ini.