Majlis Iftar Bersama Yab Tun Dr Mahathir Mohamad

10 Mei 2019 (BANGI) – Kelab PERKIM KUIPSAS telah memenuhi jemputan daripada PERKIM Kebangsaan bagi memeriahkan lagi Majlis Iftar Bersama YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merangkap Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan pada 10 Mei 2019 bersamaan 5 Ramadan 1440H bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tujuan Majlis ini diadakan adalah bertujuan menghimpunkan semua Kelab PERKIM Universiti (KPU) dari seluruh Malaysia bagi meraikan kejayaan semua dalam menyebarkan dakwah di dalam kampus mahupun di luar kampus.

Sempena Majlis Iftar ini juga, Kelab PERKIM KUIPSAS telah berjaya merangkul 2 Anugerah Perak dalam katogeri Anugerah Kecemerlangan Urus Tadbir dan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Program.

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK, Sukarelawan, Persatuan-persatuan, Pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan dan semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelangsungan program kelab.

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan hendaklah buat secara tekun.”

Semoga dengan kejayaan ini mampu meningkatkan lagi semangat AJK dan Sukarelawan Kelab bagi terus memartabatkan Agama dan Bangsa.