Laksana Audit Untuk Mencari Redha Allah

19 Disember 2019 (KUANTAN) – Audit Pematuhan MS 1900:2014 & ISO 9001:2015 yang dijalankan kepada KUIPSAS bermula hari ini bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan Pensijilan ISO dan MS sahaja tetapi ia adalah untuk mendapatkan redha daripada Allah SWT. Demikian menurut Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin semasa menyampaikan Ucapan Aluan di dalam Mesyuarat Pembukaan Audit Pematuhan tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa pengurusan organisasi yang mantap dikawal oleh Sistem Pengurusan Kualiti seperti ISO dan MS ini menandakan bahawa semua anggota kerja menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sekaligus akan membawa masuk lebih banyak keberkatan kepada organisasi tersebut selari dengan apa yang dilaksanakan di KUIPSAS pada ketika ini.

Audit Pematuhan MS 1900:2014 dan ISO 9001:2015 diadakan selama dua hari bertujuan untuk menyemak pematuhan berterusan KUIPSAS kepada Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Pensijilan ISO dan MS yang dilaksanakan di KUIPSAS. Audit dilaksanakan oleh dua orang Auditor SIRIM iaitu Cik Hajah Hanida Ghazali dan En. Mohd Hisyam Mahadi.