Kunjungan Hormat Kepada Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM)

13 Mac 2020 (Selangor) – KUIPSAS hari ini mengadakan Kunjungan Hormat kepada Setiausaha PERTIM, Puan Siti Ruzita Ramli iaitu wakil Pengerusi PERTIM di pejabat PERTIM di Akademi Keluarga Fitrah, Putra Height, Selangor. Delegasi KUIPSAS diketuai oleh Ketua Jabatan Dakwah, Ustazah Norfadelah Binti Nordin yang mewakili Rektor KUIPSAS dan Dekan Fakulti Pengajian Islam bersama 5 orang pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islamik. Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara KUIPSAS dan PERTIM untuk saling berkolaboratif dalam mengadakan persidangan, simposium, seminar, bengkel atau latihan, menyediakan penempatan (attachment) bagi pelajar-pelajar praktikum di tadika bawah PERTIM dan mengadakan kolaborasi dalam menubuhkan satu jawatankuasa penaja dengan PERTIM. Hasil dari Kunjungan Hormat ini, satu jawatankuasa penaja PERTIM Pahang telah ditubuhkan dan pengerusi PERTIM Pahang disandang oleh Puan Syazwani Binti Husin yang merupakan salah seorang pensyarah Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak Secara Islamik.