KUIPSAS @CSR

– Menjaga Kebajikan Dan Sosial Kemasyarakatan –

” JANGAN SEKALI-KALI MEREMEHKAN SESUATU PERBUATAN BAIK WALAUPUN HANYA SEKADAR SENYUMAN “

Januari 18

Warga UnIPSAS Terjejas Banjir Terima Sumbangan BAKKIP

18 JANUARI 2022 (KUANTAN) – Badan Amal Dan Kebajikan Kakitangan KUIPSAS (BAKKIP) menyampaikan sumbangan kepada Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang telah terjejas dengan bencana banjir yang berlaku pada bulan lepas. Seramai 70 orang AKU menerima sumbangan melibatkan mereka yang terjejas kerana rumah dimasuki air banjir dan mengalami kerosakan harta benda. Sumbangan disampaikan oleh Presiden BAKKIP, […]

READ MORE
Disember 27

Masjid Negeri Santuni Warga UnIPSAS Terjejas Banjir

27 Disember 2021 (Isnin) : Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan hari ini tampil menghulurkan bantuan kepada Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang terjejas banjir baru-baru ini. Bantuan yang disalurkan menerusi Program “Santunan Dhua’fa” itu disampaikan sendiri oleh Imam Besar, YH. Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin. Majlis diadakan di Porch Utama UnIPSAS pada jam […]

READ MORE
Disember 26

MRA Pahang Dan Sukarelawan UIAM HU Bantuan

26 Disember 2021 (Ahad) : UnIPSAS terus menerima bantuan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kampus pasca banjir. Malaysian Relief Agency (MRA) Negeri Pahang bersama sukarelawan UIAM Kuantan hadir ke UnIPSAS pada hari ini dan memberikan tumpuan kerja pembersihan di Aras Bawah Asrama Penginapan Blok F. Terima kasih diucapkan kepada […]

READ MORE
Disember 25

Hidayah Centre Dan Ikram Hulur Bantuan

25 Disember 2021 (Sabtu) : Hidayah Centre dan Pertubuhan Ikram Negeri Pahang hadir menghulurkan bantuan membersihkan premis UnIPSAS yang terjejas banjir. Sukarelawan yang terlibat telah membersihkan bangunan kafeteria yang terletak bersebelahan dengan blok-blok asrama penginapan.

READ MORE
Disember 24

JAIP Hulur Bantuan

24 Disember 2021 (Jumaat) Seramai 20 kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hadir ke UnIPSAS untuk menghulurkan bantuan kerja-kerja membersihkan premis yang terjejas banjir. Sebahagian daripada mereka merupakan Alumni UnIPSAS dan membantu membersihkan Aras Bawah Blok A dan Blok B Asrama Penginapan UnIPSAS. Turut hadir ialah Pengarah JAIP, YH. Dato’ Dr. Hj. Zulkifle bin Ali […]

READ MORE
Disember 23

Ziarah Prihatin Naib Canselor

23 Disember 2021 (Khamis), Kesudian dan keprihatinan Naib Canselor UnIPSAS YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin melakukan ziarah prihatin ke 20 daripada 63 buah rumah Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang terjejas dengan banjir baru-baru ini amat disyukuri AKU terbabit. AKU tersebut cukup terharu dengan kata-kata semangat daripada NC dan mereka […]

READ MORE
Disember 23

Exco Kerajaan Negeri Lawat UnIPSAS

EXCO KERAJAAN NEGERI LAWAT UnIPSAS 23 Disember 2021 (Rabu) YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang meluangkan masa melawat Kampus UnIPSAS yang terjejas banjir. Dalam lawatan tersebut, beliau mendapatkan taklimat situasi semasa UnIPSAS daripada Naib Canselor, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi […]

READ MORE
Disember 21

Operasi Mencuci Rumah Anggota Kerja UnIPSAS

21 Disember 2021 Selasa OPERASI MENCUCI RUMAH ANGGOTA KERJA UnIPSAS (BAHAGIAN 1) Selepas selesai membersihkan Dewan Barakah, Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang tidak terjejas bergerak ke rumah-rumah AKU yang terjejas bagi membantu kerja-kerja pembersihan. Tumpuan lokasi ialah di Kediaman Rasmi Naib Canselor, Taman Guru, Taman Seri Inderapura, Taman Rasau Perdana dan Taman Seri Damai Perdana. […]

READ MORE
Ogos 30

Infaq Darah Sempena Hari Kebangsaan

30 OGOS 2021 (KUANTAN) – KUIPSAS berkerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Pahang, Tabung Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang dan McDonalds telah menganjurkan Program Infaq Darah Merdeka pada 30 Ogos 2021 yang lalu. Program yang diadakan […]

READ MORE
Mei 26

Kelab Kokurikulum Bantu PKRC

26 Mei 2021 (KUANTAN) – Kelab-kelab pelajar yang bernaung di bawah Kokurikulum Wajib KUIPSAS seperti Kelab Khidmat Masyarakat dan Kelab Taekwando telah menyelaraskan bantuan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang beroperasi di KUIPSAS. Sumbangan yang diterima daripada orang ramai dimanfaatkan oleh Kelab-Kelab Koko Wajib dengan menyediakan makanan dan minuman ringan untuk diagihkan kepada […]

READ MORE
Mei 21

Bantu Palestin Melalui Jihad Ilmu

21 Mei 2021 (KUANTAN) – Kita boleh memainkan peranan membantu umat Islam di Palestin dengan melakukan Jihad Ilmu iaitu memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai sejarah dan perkembangan semasa di Palestin kepada orang ramai. Demikian menurut YBrs. Dr. Safiah binti Abd. Razak, Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dalam Program Tazkirah Duha KUIPSAS bertajuk “Panggilan Jihad Di […]

READ MORE
April 12

Pelajar Di Rumah Sewa Terima Sumbangan Ramadan

12 April 2021 (KUANTAN) – Menjelang ketibaan Ramadan tahun ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) KUIPSAS menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada pelajar yang tinggal di rumah-rumah sewa sekitar KUIPSAS. Sumbangan yang disalurkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Haji Ahmad Effat bin Mokhtar, […]

READ MORE
Januari 21

KUIPSAS Pelopor Sumbangan Wakaf Berpusat

21 Januari 2021 (KUANTAN) – KUIPSAS diiktiraf sebagai pelopor sumbangan wakaf secara berpusat kerana menggalakkan kakitangannya membuat potongan gaji untuk disumbangkan kepada Wakaf Pahang setiap bulan. Demikian menurut YH. Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Zakat Dan Wakaf Pahang dalam Majlis Penyerahan Dana Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu […]

READ MORE
Januari 21

Misi Bantuan Ke-11 Di SMK Mengkarak

21 Januari 2021 (BERA) – Sukarelawan KUIPSAS meneruskan Misi Bantuan Pasca Banjir 2021 dengan menyertai Sukarelawan Pahang melakukan kerja-kerja pembersihan SMK Mengkarak, Bera. Seramai 26 orang sukarelawan menyertai misi bantuan ini bagi membantu memulihkan SMK Mengkarak selepas ditenggelami banjir baru-baru ini. Misi bantuan kali ini menjadi lebih bermakna kerana turut dihadiri oleh YAB. Menteri Besar […]

READ MORE
Januari 20

Misi Ke-10 Bantuan Pasca Banjir Di Chenor

20 Januari 2021 (CHENOR) – Sukarelawan KUIPSAS meneruskan Misi Bantuan Pasca Banjir ke-10 dengan membersihkan rumah Bilal Masjid KUIPSAS di Kampung Sekara, Chenor. Seramai 21 orang sukarelawan digerakkan ke lokasi yang terletak berdekatan dengan tebing Sungai Pahang. Misi ke-10 ini agak mencabar kerana lokasi diselaputi lumpur tebal disebabkan air Sungai Pahang yang melimpah masuk ke […]

READ MORE
Januari 19

Misi Ke-9 Bantuan Banjir Di Pekan

19 Januari 2021 (PEKAN) – Sukarelawan KUIPSAS meneruskan Misi Bantuan Pasca Banjir Ke-9 hari ini di daerah Pekan dengan membuat kerja-kerja pembersihan rumah keluarga kakitangan KUIPSAS yang terjejas banjir di Kampung Pulau Manis dan Kampung Tanjung Pulai. Seramai 25 orang sukarelawan diketuai Rektor menyertai misi kali ini. Selain membersih rumah, Rektor KUIPSAS turut menyerahkan barangan […]

READ MORE
Januari 18

KUIPSAS Sertai Sukarelawan Agensi Islam Negeri Pahang Laksana Misi Ke-8

18 Januari 2021 (CHENOR) – Misi Bantuan Pasca Banjir Ke-8 diteruskan dengan menyertai Sukarelawan Agensi Islam Negeri Pahang melaksanakan tugasan di kawasan Chenor Maran. Penyelarasan oleh Pejabat Agama Islam Chenor ini memberikan tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan bangunan SAR KAFA di kawasan tersebut. Selain sukarelawan KUIPSAS, misi bantuan turut disertai oleh sukarelawan dari MUIP, JAIP, Jabatan […]

READ MORE
Januari 17

Misi Ke-7 Serahan Bantuan Di Kampung Sungai Siam

17 Januari 2021 (JERANTUT) – Misi Bantuan Pasca Banjir KUIPSAS diteruskan di Kampung Sungai Siam, Jerantut hari ini dengan penyerahan barang-barang keperluan kepada penduduk terjejas bencana banjir. Barang-barang keperluan adalah hasil sumbangan Anggota Kerja KUIPSAS semasa Program Tazkirah Duha KUIPSAS pada hari Jumaat sebelumnya. Barang-barang keperluan juga disumbangkan oleh ahli kariah Masjid Taman Guru dan […]

READ MORE
Januari 15

Misi Ke-6 Diteruskan, KUIPSAS Sertai Sukarelawan Pahang

15 Januari 2021 (TEMERLOH) – Pasukan Sukarelawan KUIPSAS Misi Bantuan Pasca Banjir 2021 hari ini menyertai Sukarelawan Pahang yang diselaraskan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu penduduk negeri Pahang yang terjejas kerana bencana banjir. Flagship Program Sukarelawan Pahang diadakan di Kampung Pengkalan Jaya, Lebak, Temerloh dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’Sri Wan Rosdy Bin […]

READ MORE
Januari 14

Misi Ke-5 Di Kampung Teluk Mahang

14 Januari 2020 (KUANTAN) – Kawasan berdekatan kampus KUIPSAS turut terjejas dengan banjir yang melanda daerah Kuantan. Pasukan Sukarelawan Misi Bantuan Pasca Banjir KUIPSAS menggerakkan misi ke-5 ke Kampung Teluk Mahang, Kuantan. Seramai 15 orang sukarelawan telah membantu membersihkan rumah warga emas di kampung ini.    

READ MORE
Januari 13

Misi Ke-4 Sukarelawan Pasca Banjir KUIPSAS Di SK Pulau Pasir Mandi

13 Januari 2021 (TEMERLOH) – Pasukan Sukarelawan KUIPSAS hari ini meneruskan Misi Bantuan Pasca Banjir kali ke-4 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi, Kerdau dalam daerah Temerloh. Banjir yang melanda kawasan Kerdau turut menyebabkan bangunan tingkat bawah dan kawasan persekitaran sekolah ini dipenuhi lumpur. Seramai 30 orang sukarelawan KUIPSAS yang diketuai oleh Rektor, YBrs. […]

READ MORE
Januari 11

Misi Bantuan Pasca Banjir Ke-3

11 Januari 2021 (JERANTUT) – Misi Bantuan Pasca Banjir Ke-3 digerakkan hari ini di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut. Seramai 20 orang tenaga sukarelawan KUIPSAS menghulurkan bantuan dalam misi kali ini. Misi bantuan ditumpukan dengan kerja-kerja mencuci dan membersihkan Asrama Putera SMAPT yang telah ditenggelami banjir pada minggu lepas. Selain itu, serahan sumbangan naskah […]

READ MORE
Januari 8

Sukarelawan KUIPSAS Mulakan Misi Bantuan Pasca Banjir

8 Januari 2021 (KUANTAN) – KUIPSAS menubuhkan Pasukan Sukarelawan bagi menggerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir. Lokasi pertama misi digerakkan ke rumah Puan Maszita bt. Mohd Dom yang terletak di Perkampungan Sungai Isap Damai, Kuantan.

READ MORE
Ogos 28

Majlis Tahlil Sempena Menyambut Jubli Perak 25

KUIPSAS akan menyambut Jubli Perak 25 tahun pada tahun hadapan. Hari ini diadakan program pertama, Majlis Tahlil kepada warga KUIPSAS yang telah kembali ke Rahmatullah dan Doa Selamat untuk kemajuan masa hadapan.  

READ MORE
Julai 28

Gotong Royong Ceriakan Persekitaran Masjid KUIPSAS

28 Julai 2020 (KUANTAN) – Anggota Kerja KUIPSAS (AKK) lelaki hari ini bergabung tenaga menjalankan aktiviti gotong royong bagi mengindahkan persekitaran Masjid KUIPSAS. Aktiviti gotong royong ini dilakukan kepada pagar di sekeliling Masjid KUIPSAS dengan dicat semula supaya kelihatan lebih ceria di mata ahli jemaah yang hadir menunaikan ibadah solat. Gotong royong juga diadakan sebagai […]

READ MORE
Julai 14

Lawatan Prihatin Ke SMA Al-Falah Batu Talam

14 Julai 2020 (RAUB) – KUIPSAS mengadakan Lawatan Prihatin pada hari ini ke Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam, Raub bagi meninjau keadaan Asrama Putera yang terjejas kerana musibah kebakaran yang berlaku baru-baru ini. Delegasi KUIPSAS diketuai oleh Rektor, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan KUIPSAS. […]

READ MORE
Jun 21

Ziarah Mantan Presiden Alumni Hadapi Ujian Kesihatan

21 Jun 2020 (KUANTAN) – Wakil Persatuan Alumni KUIPSAS menziarahi Prof. Madya Dr. Muhamad Zaid bin Ismail yang kini menjalani rawatan kimoterapi berikutan kanser pangkal hidung yang dihadapinya sejak dua tahun lalu. Prof. Madya Dr. adalah pelajar KUIPSAS ambilan pertama & kini berkhidmat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu. Wakil persatuan turut menyampaikan sumbangan […]

READ MORE
Mei 12

Kumpulan Terbesar Pelajar Dihantar Pulang

12 Mei 2020 (KUANTAN) – Misi ke-8 Penghantaran Pulang Pelajar dari asrama ke kampung halaman menyaksikan jumlah terbesar pelajar terlibat iaitu seramai 43 orang. Semua pelajar ini akan pulang ke negeri Sabah. Misi ke-8 ini dilaksanakan dengan penyelarasan bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebelum mereka dihantar terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk […]

READ MORE
April 8

Covic-19 : MUIP Salur Bantuan Kepada Kakitangan KUIPSAS

8 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Sumbangan tersebut kemudiannya diagihkan kepada 44 orang kakitangan KUIPSAS dan Akademi Naluri Sdn. Bhd. yang memenuhi kriteria ditetapkan. Semoga sumbangan ini dapat membantu kakitangan tersebut dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada […]

READ MORE
April 6

Serahan Fasa Kedua Face Shield

6 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS membuat serahan fasa kedua pelindung muka (face shield) sebanyak 1,000 unit lagi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada hari ini. Pelindung muka yang disiapkan dalam masa 2 hari itu disediakan secara bersama oleh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta sukarelawan yang tinggal di asrama.  

READ MORE
April 4

Covid-19 : Pelajar KUIPSAS Turut Hasilkan Pelindung Muka

BERITA»Wilayah | Sabtu, 4 April 2020 | 12:28pm Mohd Rafi Mamat | bhnews@bh.com.my KUANTAN: Seramai 20 penuntut tajaan Yayasan Sabah di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), di sini, memanfaatkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan. Seorang daripadanya, Syahira Asnerra Asan, 21, berkata fasa pertama […]

READ MORE
April 3

Serahan 600 Lagi Face Shield

2 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini membuat serahan 600 lagi pelindung muka (𝘧𝘢𝘤𝘦 𝘴𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP). Serahan ini melengkapkan tugasan fasa 1 di bawah penyelarasan bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang menetapkan KUIPSAS untuk menyediakan 1,000 unit pelindung muka tersebut. Semoga bantuan yang diberikan oleh KUIPSAS dan sukarelawannya akan […]

READ MORE
April 1

KUIPSAS Serah Face Shield Kepada Jabatan Kesihatan

01 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS menyerahkan 400 unit pelindung muka (𝘧𝘢𝘤𝘦 𝘴𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) di lobi jabatan itu hari ini. Pelindung muka ini disediakan selama dua hari oleh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) sambil dibantu oleh sukarelawan pelajar KUIPSAS. Serahan pelindung muka ini dilakukan oleh Rektor KUIPSAS, […]

READ MORE
Mac 30

KUIPSAS Mula Hasilkan Face Shield

30 Mac 2020 (KUANTAN) – Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS hari ini memulakan kerja-kerja awal bagi menyediakan ‘𝘍𝘢𝘤𝘦 𝘚𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥’ untuk digunakan oleh petugas-petugas barisan hadapan ‘𝘧𝘳𝘰𝘯𝘵𝘭𝘪𝘯𝘦𝘳𝘴’ bagi memerangi penularan wabak Covid-19 khususnya di negeri Pahang. Gerak kerja ini dimulakan selepas KUIPSAS dilibatkan dalam penugasan di bawah penyelarasan yang dibuat bersama Pejabat […]

READ MORE
Mac 26

Rektor Ziarahi Pelajar Penghuni Rumah Sewa

26 Mac 2020 (KUANTAN) – Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin menziarahi pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di rumah-rumah sewa di sekitar Kuantan. Ziarah diadakan untuk melihat sendiri keadaan semasa pelajar-pelajar bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa dijaga dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini. #rumahsewa #kuipsas #perangicovid19 #dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kuipsasdihatimu #kuipsasbumibarakah  

READ MORE
Mac 24

Exco Kerajaan Negeri Pahang Ziarah Pelajar KUIPSAS

24 Mac 2020 (KUANTAN) – Para pelajar yang kekal tinggal di asrama hari ini menerima kunjungan daripada YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang. Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd. (SPIPSB) meluangkan masa kira-kira satu jam […]

READ MORE
Mac 24

MUIP Salur Sumbangan Kepada kakitangan Dan Pelajar

24 Mac 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan sebanyak 100 pek kepada warga KUIPSAS. Sumbangan tersebut kemudiannya diagihkan kepada kakitangan KUIPSAS terpilih dan pelajar-pelajar yang tinggal di rumah-rumah sewa. Agihan telah dilaksanakan oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin […]

READ MORE
Mac 20

Orang Awam Sumbang Makanan

20 Mac 2020 (KUANTAN) – Orang awam mula tampil menyampaikan sumbangan makanan berbungkus kepada pelajar-pelajar KUIPSAS pada hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Juadah makan tengahari yang siap dibungkus ini diedarkan sendiri oleh penyumbang kepada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama sepanjang perintah ini dilaksanakan. Turut hadir ialah Rektor KUIPSAS, […]

READ MORE
Februari 29

KUIPSAS Jalin Ukhuwwah Dan Berkongsi Ilmu Bersama Warga Raub

28 Februari 2020 (RAUB) – Program Jelajah Rektor Dan Delegasi KUIPSAS ke daerah Raub berjaya menjalinkan ukhuwwah dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama warga daerah Raub. Sesi Kunjungan Hormat, Tazkirah dan Diskusi yang diadakan telah mendekatkan lagi KUIPSAS di hati warga daerah Raub. Hari kedua program jelajah dimulakan dengan Sesi Tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Rektor […]

READ MORE
Februari 23

Pelajar Pengurusan Anjurkan CSR Bersihkan Perkuburan

22 Februari 2020 (KUANTAN) – Fakulti Pengajian Pengurusan (FPP) KUIPSAS hari ini menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) – Pembersihan Tanah Perkuburan bertempat di Tanah Pekuburan Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan. Info lanjut di FB Fakulti Pengajian Pengurusan Kuipsas  

READ MORE
Februari 23

Masjid Tour UNESCO HERITAGE Xploration Penang

22 Februari 2020 (PULAU PINANG) – Ahli-ahli Kelab Sahabat Siswa (KESSIS) KUIPSAS sertai program Masjid Tour yang merupakan program komunikasi dakwah kepada non Muslim melalui kaedah Perlancongan Masjid. Program diadakan di Masjid Lebuh Acheh, Masjid Kapitan Keling dan Islamic Outreach ABIM (IOA) Penang.   Info lanjut di FB Kessis Kuipsas.   MASJID TOUR | UNESCO […]

READ MORE
Februari 23

Bengkel Asah Kemahiran Komunikasi Dengan Non Muslim

22 Februari 2020 (KUANTAN) – Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Dakwah (PERSADA) dan Jabatan Dakwah KUIPSAS hari ini menganjurkan program Bengkel Perbandingan Agama bertempat di Dewan Barakah KUIPSAS. Program yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang itu disertai seramai 35 orang mahasiswa KUIPSAS dan orang awam […]

READ MORE
Februari 22

Feed The Homeless UNESCO HERITAGE Xploration Penang

21 Februari 2020 (GEORGETOWN) – Ahli-ahli Kelab Sahabat Siswa (KESSIS) KUIPSAS sertai program Feed The Homeless di sekitar KOMTAR dan Jalan Chowrasta, Pulau Pinang. Program dianjurkan bersama KESSIS dan Islamic Outreach ABIM (IOA) Pulau Pinang. Ahli-ahli KESSIS dapat mempraktikkan ilmu-ilmu kesukarelaan dengan berinteraksi bersama gelandangan dan mengedarkan roti dan air mineral kepada mereka. Info lanjut […]

READ MORE
Februari 22

Sayang Di Sayang Bersama Warga Emas OKU

21 Februari 2020 (TEMERLOH) – Pelajar-pelajar Diploma Kaunseling Islam hari ini menyantuni Warga Emas Kelainan Upaya dalam Program Sayang Di Sayang bertempat di Pusat Jagaan Rumah Sejahtera, Kampung Lebak, Temerloh Program bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar diploma ini mengendalikan sesi bimbingan individu, sesi bimbingan kelompok, sukaneka dan gotong-royong di pusat jagaan tersebut. Pelajar-pelajar juga dapat membentuk […]

READ MORE
Februari 16

Siswa KUIPSAS Tanam Pokok Bantu Pulih Hutan Cameron Highland

15 Februari 2020 (CAMERON HIGHLAND) – Seramai 10 orang siswa ahli Sekretariat Generasi Anak Pahang (GENAP) dan seorang pengiring telah menyertai Program Penanaman Pokok Pemulihan Hutan Cameron Highland yang diadakan pada hari ini di Hutan Simpan Sungai Ichat, Kuala Terla, Cameron Highland. Program dianjurkan oleh Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) dan turut dijayakan bersama […]

READ MORE
Februari 16

Kursus Pengucapan Awam : Berani Berucap Dengan Yakin

15 Februari 2020 (KUANTAN) – Persatuan Pelajar Dakwah (PERSADA) dan Jabatan Dakwah dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Persatuan Media Islam menganjurkan Kursus Pengucapan Awam : Berani Berucap pada hari ini. Program diadakan di Auditorium KUIPSAS bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Program diadakan bertujuan untuk mengasah kemahiran berkomunikasi […]

READ MORE
Februari 14

Program Motivasi Iman Tumpukan Kaedah Pemantapan Akidah

13 Februari 2020 (KUALA LUMPUR) – Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiah dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah yang mengambil kursus Pengajian Akidah dan Isu- Isu Akidah telah mengadakan Program Motivasi Iman di SMK Desa Petaling pada hari ini. Seramai 40 orang fasilitator pelajar KUIPSAS terlibat menganjurkan program ini dan disertai oleh 94 […]

READ MORE
Februari 12

Program Ziarah Dakwah dan Perasmian Surau Kampung Orang Asli Sungai Lebak

READ MORE
Januari 31

Koperasi Terus Mencatat Keuntungan

READ MORE
Januari 27

Siswa KUIPSAS Santuni Orang Kelainan Upaya (Oku)

27 Januari 2020 (Terengganu) – Pelajar Jabatan Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS yang mengambil kursus Aplikasi Braille Dalam Pengajian Quran dan Sunnah telah menganjurkan program “Hari Menyantuni Orang Kelainan Upaya (OKU)” yang disertai seramai 40 orang pelajar KUIPSAS. Program ini bertujuan untuk memupuk interaksi sosial yang sihat dan positif di antara pelajar […]

READ MORE
Januari 25

Roadshow Rektor Di Rompin Berjaya

24 Januari 2020 (ROMPIN) – Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin memulakan program roadshow beliau menjelajah daerah-daerah di negeri Pahang di Rompin sebagai daerah yang pertama. Program roadshow ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara KUIPSAS dengan pihak yang dilawati. Roadshow di daerah Rompin bermula dengan program […]

READ MORE
Januari 25

Tahsin Al-Quran Bersanad Di Rompin

24 Januari 2020 (ROMPIN) – KUIPSAS menganjurkan Program Tahsin Al-Quran Bersanad pada hari ini bertempat di Masjid Tengku Abdullah, Bandar Rompin. Program dipimpin oleh YBrs. Dr. Mohamed Ibrahim El-Sherbiny Ahmad Saqr, pensyarah Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS. Program dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Rompin dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin. Program […]

READ MORE
Januari 23

Kenali Bahasa Inggeris Melalui Permainan

22 Januari 2020 (KUANTAN) – Persatuan Pelajar Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi (FOLAFSSA) hari ini menganjurkan program “Rocket to The Moon” yang disertai seramai 56 orang pelajar Tahun 6 dari Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan. Program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar supaya lebih mengenali Bahasa Inggeris melalui permainan bahasa dan memupuk nilai-nilai murni yang […]

READ MORE
Januari 20

Go Green Camp Galak Pelajar Hargai Alam Sekitar

READ MORE
Januari 18

Pemangku Raja Pahang Lawat Pelajar KUIPSAS Terlibat Kemalangan

18 Januari 2020 (KUANTAN) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat bercemar duli ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi melawat dua orang pelajar KUIPSAS yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. Keberangkatan Baginda disambut oleh […]

READ MORE
Januari 18

Pelajar Asasi Bersihkan Masjid

18 Januari 2020 (KUANTAN) – Pelajar Program Asasi Sastera hari ini menganjurkan Program Gotong Royong bertempat di Masjid Kampung Tanjung Api, Kuantan. Program ini merupakan projek Khidmat Masyarakat yang disertai oleh pelajar-pelajar Asasi Sastera kumpulan ke-3. Pelajar-pelajar yang hadir ke masjid seawal jam 8.30 pagi berganding bahu bergotong royong bagi melakukan kerja-kerja pembersihan di luar […]

READ MORE
Januari 18

Bengkel Jawi Dapat Sambutan

18 Januari 2020 (KUANTAN) – Persatuan Pelajar Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS menganjurkan Bengkel Jawi 3.0 pada hari ini bertempat di Dewan Kuliah 6. Bengkel disertai seramai 102 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma KUIPSAS. Bengkel dikendalikan oleh Munsyi Dewan Jawi iaitu Ustazah Seriayuna Sa’don Zubir yang juga merupakan pensyarah Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS. Program […]

READ MORE
Januari 16

Kempen Cinta Jawi Kafa Masjid KUIPSAS

16 Januari 2020 (KUANTAN) – KAFA Masjid KUIPSAS dengan kerjasama Persatuan Pelajar Dakwah dan Pengurusan menganjurkan Kempen Cinta Jawi pada hari ini. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Ceramah Penguasaan Kemahiran Jawi yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Safiah bt Abd. Razak, pensyarah Jabatan Dakwah KUIPSAS yang juga salah seorang Munsyi Dewan Jawi Pahang. Murid-murid KAFA Masjid […]

READ MORE
Januari 16

KUIPSAS Dedah Asas Tulisan Jawi Di Sekolah

Sinar Harian | 16 Januari 2020 KUANTAN – Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) bekerjasama dengan pihak sekolah di negeri itu bagi mendedahkan kaedah asas penulisan jawi dalam kalangan pelajar dan guru. KUIPSAS yang dilantik sebagai Pusat Rujukan Ejaan Jawi di seluruh Pahang melahirkan 24 Munsyi Jawi di negeri ini melalui program yang […]

READ MORE
Januari 16

Ziarah Dakwah dan Pemutihan Saudara Baru Orang Asli Sg Ruai Raub

Program: Ziarah Dakwah dan Pemutihan Pendaftaran Saudara Baru Orang Asli Sg Ruai Raub Tarikh: 14- 16 Januari 2020 Hari: Selasa – Khamis Tempat: Kampung Orang Asli Sg Ruai Raub  

READ MORE
Disember 7

Sukan Ria BAKKIP Erat Ukhuwwah

6 Disember 2019 (KUANTAN) – Sukan Ria BAKKIP 2019 melabuh tirai hari ini selepas semua atlet bertanding selama 4 hari. Semua warga KUIPSAS mewakili 4 pasukan iaitu Hijau, Merah, Kuning dan Biru. Sebanyak 8 acara dipertandingkan untuk kategori Lelaki iaitu Karom, Sepak Bulu Tangkis, Sepak Takraw, Bola Tampar, Tarik Tali, Ping Pong, Badminton dan Bola […]

READ MORE