KUIPSAS Semak Pelan Pengurusan Risiko

26 April 2019 (KUANTAN) – Unit Kualiti KUIPSAS menganjurkan Bengkel Semakan Pelan Pengurusan Risiko (PPR) ISO 9001:2015 selama dua hari pada 25 dan 26 April 2019. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyemak semula Dokumen Pelan Pengurusan Risiko yang telah dibangunkan sebelum ini bagi persiapan Audit Pematuhan SIRIM yang dijangka pada bulan September nanti.

Bengkel telah dikendalikan oleh Puan Kamsiah binti Mansoor, Senior Auditor Service Section, SIRIM Qas International Sdn. Bhd. Bengkel turut dihadiri oleh Rektor KUIPSAS dan Wakil Pengurusan merangkap Pendaftar KUIPSAS.