KUIPSAS Raikan Kejayaan Pesilat

30 Oktober 2019 (KUANTAN) РSatu majlis ringkas bagi meraikan pesilat-pesilat KUIPSAS diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyurat Utama KUIPSAS bermula jam 11.30 pagi. Majlis diserikan dengan kehadiran Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada atlet-atlet Silat Olahraga KUIPSAS yang telah membawa pulang pingat dalam Kejohanan Silat Olahraga 5X5 Berpasukan POLISAS 2019 yang telah diadakan pada 6 Oktober 2019 lalu.

Dalam kejohanan tersebut, pesilat KUIPSAS telah menggondol Pingat Emas bagi kategori Putera Berpasukan yang menampilkan pesilat-pesilat berikut :
1. Muhammad Alif Aiman bin Azizan
2. Muhammad Daniel bin Ali
3. Muhammad Zulfikri bin Sapianasri
4. Muhammad Zulqarnain bin Muhammad Rozi
5. Muhammad Faiz bin Anuar

KUIPSAS turut meraih Pingat Perak bagi kategori Putera Berpasukan melalui pesilat-pesilat berikut :
1. Mohamad Al Kasyah bin Amran
2. Ikmal Ziyad bin Yazid
3. Asyraf Hakimi bin Abdul Jalil
4. Muhamamd Syakirim bin Zainal Abidin
5. Ahmad Mukhlis bin Ghazali Shafie

Manakala, bagi kategori Putera Individu, pesilat Muhammad Hilmi Nazif bin Haszelan telah muncul pemenang Pingat Perak.

Pesilat-pesilat KUIPSAS juga memenangi Pingat Perak bagi kategori Puteri Berpasukan menerusi pesilat-pesilat berikut :
1. Nur Hidayah binti Ahmad Lotpi
2. Noor Shahira binti Azmi
3. Nurfarah Hanim binti Asmawi
4. Norazren binti Abdul Latif
5. Sofiah Nurzahirah binti Zulkifli

Di samping itu, dalam kategori Putera Individu, pesilat Mujibullah bin Hababdullah membawa pulang Pingat Gangsa.

Tahniah diucapkan kepada semua pesilat KUIPSAS.