KUIPSAS (Program Komuniti “My Beautiful Cherating”)

18 Disember 2017 (Sabtu) – Kelab Khidmat Masyarakat KUIPSAS telah sama-sama menyertai Program Komuniti “My Beautiful Cherating”, Majlis Gotong-royong dan Pelancaran Mata Ganjaran Kitar Semula yang diadakan pada pagi ini di Pantai Cherating Pahang.

Program anjuran Komuniti Cherating dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan ini melibatkan 20 orang pelajar yang mengambil kursus Kokurikulum Khidmat Masyarakat dan diiringi oleh Encik Mohd Khairull bin Abdul Ghani dan Puan Wan Zahidah binti Wan Sulaiman. Program ini bertujuan untuk menerapkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.