KUIPSAS Cemerlang Pertahan Ibu Segala Pingat

9 Februari 2020 (KEMAMAN) – KUIPSAS tampil cemerlang dengan meraih kedudukan ke-5 keseluruhan daripada 16 kontinjen IPTS yang bertanding dalam Kejohanan Sukan MASISWA Zon Timur 2020 yang berakhir hari ini. Lebih manis apabila pasukan Bola Sepak KUIPSAS berjaya mempertahankan pingat emas, ibu segala pingat dalam kejohanan kali ini.

KUIPSAS menyertai 7 acara sukan yang dipertandingkan dengan menampilkan 77 orang atlet dan 10 orang pegawai. Kejohanan selama 4 hari tersebut diadakan di Kolej Universiti TATI, Kemaman, Terengganu.

Selepas tamat kejohanan, KUIPSAS meraih 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 5 pingat gangsa. Selain, pasukan Bola Sepak yang mempertahankan pingat emas, KUIPSAS turut memenangi pingat emas dalam acara Ping Pong Individu Lelaki. Pasukan Bola Jaring pula menunjukkan peningkatan paling memberangsangkan apabila layak ke perlawanan akhir sebelum akur kepada kehebatan lawan dan memenangi pingat perak.

Pingat-pingat gangsa pula diraih oleh pasukan Sepak Takraw, Bola Tampar Lelaki, Badminton Bergu Lelaki, Badminton Bergu Perempuan dan E-Sukan Mobile Legend.

84736176_2832938486789648_6986009244633923584_n
84647878_2832963716787125_1909503083541430272_n
85128936_2832962043453959_6669444118826975232_n
85019829_2832962256787271_3447349182237507584_n
84829805_2832953036788193_4236180429352206336_n
85021901_2832949963455167_1176597928437874688_n
85156650_2832950256788471_3290491594993565696_n
85241342_2832949646788532_3872988245226684416_n