Kerjasama MOU Antara KUIPSAS Dan Al-Azhar (MESIR)

Selasa: 1 Ogos 2017 , Perjanjian antara Universiti Al-Azhar (Mesir) dan KUIPSAS telah selamat ditandatanggani, Dr. Ahmed Hosni Naib Presiden Universiti Al-Azhar menerima kunjungan hormat delegasi KUIPSAS bagi membincangkan pengukuhan hubungan dan kerjasama sains dan budaya.
Dr. Hosni berkata semasa mesyuarat, Universiti Al-Azhar sentiasa terbuka untuk semua pelajar dari pelbagai budaya dan mencari pelajar antarabangsa di Universiti Al-Azhar bagi memperkuatkan perjuangan Islam dalam kerjaya mereka secara tulen, keamanan dan toleransi.

Sementara itu Dato Hj Yahya Zainal Abidin.Rektor KUIPSAS diiringi oleh delegasi mengucapkan taniah kepada Dr. Mohamed Hussein Maharaswa memegang jawatan Presiden Universiti yang paling berprestij di dunia. Beliau juga menekankan perjanjian semula antara Universiti Al-Azhar dan KUIPSAS adalah persefahaman yang sangat memberi kebaikan kepada pelajar-pelajar dari Malaysia khususnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat antarabangsa.

Akhir mesyuarat delegasi mengucapkan syukur dan taniah kepada Ali Hassan selaku pelajar Malaysia yang telah mendapat pendidikan yang baik dan penjagaan yang baik diberikan oleh Imam Besar Al-azhar dan juga pihak ekspatriat Universiti.

Delegasi dari KUIPSAS terdiri daripada Dato Hj Zainal Abidin, Dr. Mohd Zawavi, Dr.Mohamed Ahmed Sharbati Pensyarah Universiti Al-Azhar yang telah dipinjam kan kepada KUIPSAS serta Haji Azhar , Haji Razali Mohmed Sophie dan Saif Azizi dari delegasi Majlis Ugama.