Kelas Intensif Al-Quran 2.0 Masjid KUIPSAS

Alhamdulillah Koperasi Masjid KUIPSAS yang dipandu oleh Pengerusi YH Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin telah berjaya menganjurkan program *Kelas Intensif al-Quran 2.0* untuk tahun yang kedua berturut-turut. Program ini datang dalam 2 pakej iaitu *Kelas Talaqqi Musyafahah* serta *Kelas Smart Tajweed* selama *10 hari* bermula *14 – 15 Dis 2017* bertempat di Masjid KUIPSAS. Penyertaan adalah seramai *140 orang* daripada pelbagai latar belakang.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu Tajwid al-Quran secara keseluruhan serta teknik sebenar bertalaqqi al-Quran dengan guru-guru yang mutqin, disamping memperkenalkan program pengajian al-Quran bagi golongan dewasa yang sudah hampir *2 tahun* dilaksanakan di Masjid KUIPSAS. Alhamdulillah ianya masih terus berjalan hingga sekarang.

     

     

     

    Â