Kejohanan Bowling Tertutup KUIPSAS Berlangsung Meriah

17 Mac 2019 (KUANTAN) – Serentak dengan Majlis Pelancaran KUIPSAS Tenpin Bowling Club, Kejohanan Bowling Piala Rektor 2019 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan yang disertai 38 orang pensyarah dan kakitangan KUIPSAS ini diadakan di Playground 6 Semambu, Kuantan. Pendaftar KUIPSAS, En. Mohd Zamri bin Wahab telah mewakili Rektor untuk melancarkan KUIPSAS Bowling Tenpin Club serta merasmikan kejohanan pada kali ini. Kejohanan yang bermula jam 10.00 pagi ini telah menyaksikan bakat-bakat terpendam para peserta dalam permainan bowling ini.

Bagi acara Individu, kategori lelaki telah dijuarai oleh En. Mohd. Safuan bin Ariffin (Jabatan Perhubungan Korporat) dan kategori wanita pula dijuarai oleh Pn. Zarina binti Kamarozaman (Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi).

Acara berkumpulan lelaki pula diungguli oleh En. Mohd Sokri bin Husain (Jabatan Pengurusan Teknologi Maklumat) yang berpasangan dengan En. Muhamad Kasyidi Hakim bin Kamarudzaman (Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan). Seterusnya, bagi acara berkumpulan wanita pula dimenangi oleh Pn. Zarina binti Kamarozaman (Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan Pn. Nor Faziah binti Rejab (Jabatan Pengurusan Teknologi Maklumat).