PENANGGUHAN ISTIADAT PEMASYHURAN CANSELOR, PRO-CANSELOR DAN ISTIADAT KONVOKESYEN UNIPSAS KE-19

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Para Tetamu Jemputan, Graduan dan Ibu Bapa / Penjaga, Sebagaimana yang sedia maklum, situasi cuaca di daerah Kuantan masih dalam keadaan tidak menentu disebabkan hujan yang turun sejak beberapa hari lalu. Kampus UnIPSAS turut terjejas dan telah dinaiki air banjir.

 

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kerja Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Istiadat Konvokesyen Ke-19 UnIPSAS telah bersetuju untuk MENANGGUHKAN penganjuran istiadat kepada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

 

Memahami keterujaan semua pihak untuk menghadiri istiadat ini, UnIPSAS memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami disebabkan keputusan penangguhan istiadat ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Kerja
Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Istiadat Konvokesyen Ke-19

Siaran Hebahan pada 18 Disember 2021 jam 11.00 malam.

KONVOKESYEN KALI KE-19
PERKARA 2: SURAT MAKLUMAN ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-19 UnIPSAS DAN PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN

 

Graduan UnIPSAS yang budiman, Dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) akan diadakan pada 20 Disember 2021 (Isnin) di Auditorium UnIPSAS.

 

Dalam menghadapi pandemik Covid-19, pihak UnIPSAS akan mengadakan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 ini secara norma baharu. Oleh itu, terdapat beberapa syarat yang perlu dipersetujui oleh graduan sekiranya ingin menyertai Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 ini. Sehubungan dengan itu, para graduan diminta untuk mengesahkan kehadiran di pautan berikut:

https://forms.gle/rYPUQDamDXMGvqWT8

 

Terima kasih di atas kerjasama semua graduan. Teruskan cakna dengan sebarang makluman berkaitan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 UnIPSAS dari semasa ke semasa.

-JK JEMPUTAN GRADUAN-

 

 

KUIPSAS | BILIK GERAKAN KONVOKESYEN KE-19

HUBUNGI KAMI :

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)
Km 8, Jalan Gambang 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur  MALAYSIA
Phone : +609 553 5555  |  Fax : +609 536 4421  |  Email : pro@kuipsas.edu.my

Jabatan Perhubungan Korporat :
Muhammad Hisyamudin Baharudin

Hp / WhatsApp : +60192301003  |  Email : hisyam[@]kuipsas[dot]edu[dot]my

Hal Ehwal Pelajar & Alumni :
YBrs. Dr. Ahmad Effat Bin Mokhtar, AMP.
Hp / WhatsApp : +60139381415  |  Email : effat[@]kuipsas[dot)edu[dot]my

Jabatan Pengurusan Akademik :

En. Mohamad Firdaus

Tel : 09-553 5555  |  Email : firdaus[@]kuipsas[dot]edu[dot]my

Km 8, Jalan Gambang 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur.

Phone : +609 553 5555  |  Email : jpa[@]kuipsas[dot]edu[dot]my