Induksi Pensyarah Baru

17&18.7.2017 (Isnin&Selasa) – Jabatan Sumber Manusia KUIPSAS telah mengadakan Program Transformasi Minda Bilangan 1/2017 kepada pensyarah baharu yang terdiri daripada sepuluh orang gred DM41 dan seorang gred DM45.

Tujuan program tersebut ialah dapat memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan. Memboleh pegawai memahami prinsip dan falsafah jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan KUIPSAS serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

Program telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS. Turut hadir bersama Ybhg. Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Timbalan Rektor Akademik & Pengantarabangsaan, Ybhg. Dr. Sharafuddin Aisa bin Haji Osman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Ybhg. Encik Mohd Hider bin Othman, Penolong Pendaftar Jabatan Sumber Manusia dan Ybhg. Puan Nor Dalila binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Pentadbiran.

Semoga maju jaya dan terus cemerlang bersama KUIPSAS

Tags :