PENGAJIAN PENGURUSAN

Ringkasan Tentang Fakulti

Fakulti Pengajian Pengurusan ditubuhkan pada 2001. Program yang ditawarkan pada asalnya ialah Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Kewangan dan Perbankan. Pada tahun 2009, FPP mengembangkan lagi sayapnya dengan menawarkan dua program baru dalam memenuhi permintaan pasaran pada masa kini iaitu Diploma Pengurusan Kewangan Islam dan Diploma Pengurusan Pemasaran.

 

Terdapat tiga jabatan di bawah Fakulti Pengajian Pengurusan iaitu Jabatan Kewangan dan Perbankan, Jabatan Pengajian Perniagaan dan Jabatan Perakaunan. Terdapat dua diploma di dalam Jabatan Kewangan dan Perbankan iaitu Diploma Kewangan dan Perbankan dan Diploma Pengurusan Kewangan Islam. Bagi Jabatan Pengajian Perniagaan, dua diploma ditawarkan iaitu Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Pengurusan Pemasaran.  Hanya satu diploma di dalam Jabatan Perakaunan iaitu Diploma Perakaunan.

VISI

Untuk menjadi sebuah fakulti pengurusan perniagaan berteraskan Islam yang berpengaruh di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

MISI

  • Menarik minat pelajar bagi mempelajari ilmu pengurusan berteraskan Islam bagi menyokong misi KUIPSAS dalam melahirkan graduan yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
  • Mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan pekerja berpengetahuan demi memenuhi aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dan seterusnya.
  • Membentuk pelajar yang mempunyai keperibadian mulia dan beretika yang mampu menunjukkan profesionalisme dalam bidang kerjaya kelak.

OBJEKTIF

  • Meletakkan pelajar sebagai pelanggan utama yang akan dibentuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
  • Menjadikan FPP KUIPSAS sebagai terminal bagi pelajar yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.
  • Menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengadunkan bidang pengurusan dengan nilai Islam agar pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat dihasilkan.
Semua program akademik yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Pengurusan di KUIPSAS.
  • Dekan
  • Timbalan Dekan
  • Ketua Jabatan
  • Pensyarah di Fakulti Pengajian Pengurusan
Program akademik dalam bidang pengurusan di bawah kelolaan jabatan-jabatan berikut :

Kursus Yang Ditawarkan