Exco Kerajaan Negeri Lawat UnIPSAS

EXCO KERAJAAN NEGERI LAWAT UnIPSAS
23 Disember 2021 (Rabu)
YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang meluangkan masa melawat Kampus UnIPSAS yang terjejas banjir.
Dalam lawatan tersebut, beliau mendapatkan taklimat situasi semasa UnIPSAS daripada Naib Canselor, YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin di samping melihat sendiri kerosakan yang berlaku di kawasan persekitaran Dewan Barakah, Pejabat HEPA dan Asrama Penginapan.
UnIPSAS Pasti Bangkit!
Link Video Sesi lawatan : https://www.facebook.com/UNIPSASofficial/videos/1036230920286149