IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN (N/221/6/0232)(MQA/PA09139)(12/23)

28-02-2018

3 Tahun 6 Bulan

per person /
RM

34,760.00

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN

Teacher

YBrs. Dr. Norahida binti Mohamed

Category

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Course Attendees

Still no participant

Course Reviews

Still no reviews

Pengenalan Kursus

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) ditubuhkan berfungsi sebagai wadah pendidikan berteraskan keagamaan. Dalam hal ini KUIPSAS menjanjikan pembentukan satu generasi ulama pelapis yang mempunyai tahap penguasaan ilmu dan iman yang kental dan mempunyai daya juang yang tinggi. Justeru, melalui program pengajiannya, KUIPSAS sedang melaksanakan fungsi mengimbangi kemajuan material dan teknologi masa kini melalui kesepaduan ilmu agama dan teknologi yang diperkuatkan dengan pembinaan fizikal dan spiritual berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Kelebihan Kursus

  • Diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan telah dikreditasi oleh MQA.
  • Kurikulum dibentuk oleh panel penggubal yang terdiri daripada pakar (ahli akademik IPTA dan industri).
  • Perintis kepada peluang pendidikan dalam bidang pengajian Quran dan Sunnah di Negeri Pahang.
  • Merangkumi dua bidang yang penting dalam sumber pensyariatan Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
  • Menawarkan program pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang berilmu, beramal dan bertaqwa berlandaskan Quran dan Sunnah.
  • Penerapan dengan komponen teknologi maklumat moden yang boleh diaplikasikan dalam menyebarkan ilmu-ilmu berkaitan Quran dan Sunnah seperti penggunaan laman sesawang, aplikasi media, perisian komputer dan sebagainya.
  • Memenuhi keperluan tenaga kerja di peringkat profesional terutama dalam bidang perkhidmatan.

Prospek Kerjaya

  • Pegawai Penyelidik
  • Pendidik
  • Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Keusahawanan
  • Pegawai Pengurusan dan Pentadbiran
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pegawai Penterjemah
  • Perunding Motivasi
  • Pegawai Penerangan
  • Pegawai Pendakwahan
  • Pegawai Pusat Latihan dan Sumber Media
  • Wartawan Penyiaran

Fakta Mengenai Bidang Pengajian Quran Dan Sunnah

  • Kursus Pengajian Quran dan Sunnah merupakan bidang teras pengajian Islam yang telah lama ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam, tetapi masih belum ditawarkan di negeri Pahang.
  • Dorongan Kerajaan dan minat masyarakat tehadap Pengajian Quran dan Sunnah yang begitu ketara, serta menyahut cabaran dalam penyediaan tenaga mahir dalam bidang tersebut.
  • Kehadiran graduan dalam bidang Quran dan Sunnah mampu membela kesucian ajaran Islam dan dapat membanteras unsur-unsur bidaah dan khurafat dalam kehidupan masyarakat.
  • Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Quran dan Sunnah mampu memberi khidmat di dalam sektor kerajaan mahupun swasta yang memerlukan penasihat agama dan pakar rujuk agama.

Syarat Kemasukan

Our Main Teachers

YBrs. Dr. Norahida binti Mohamed

Dekan Fakulti Pengajian Islam
VIEW PROFILE

Price : 34,760.00 RM

Max Availability : 1000

Difficulty : IJAZAH

Location : KAMPUS UTAMA

Question

    [recaptcha]