DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM PENGKHUSUSAN DAKWAH DAN PENGURUSAN (R/221/4/0134)(MQA/A4724)(02/20)

06-06-2017

3 TAHUN

per person /
RM

17,200.00

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM PENGKHUSUSAN DAKWAH DAN PENGURUSAN

Teacher

Dr. Ahmad Effat Mokhtar

Category

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Course Attendees

Still no participant

Course Reviews

Still no reviews

Pengenalan Kursus

Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan mula ditawarkan sejak tahun 1996. Ia menggabungjalinkan ilmu-ilmu asas dakwah dengan ilmu-ilmu pengurusan dengan hasrat melahirkan pendakwah yang menguasai ilmu-ilmu asas Islam dan dalam masa yang sama mampu mengurus dengan baik.

Kelebihan Kursus

  • Diploma ini telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dan diakreditasi oleh MQA.
  • Kurikulum Diploma ini telah dibina oleh pakar dalam bidang akademik dan industri.
  • Diploma ini merupakan pakej pengajian yang memberi penekanan kepada penguasaan ilmu ukhrawi dan duniawi secara seimbang.
  • Graduan Diploma ini bukan sahaja memiliki pengetahuan dalam bidang dakwah, tetapi juga mampu menjadi pengurus yang baik.
  • Diploma ini telah melahirkan ramai sekali graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum pada setiap tahun.
  • Para pensyarah yang akan mengendalikan proses P&P adalah mereka yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas.
  • Pelajar berpeluang belajar secara teori dan amali.
  • Diploma ini merupakan bidang pengajian yang paling aktif mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti dakwah kepada masyarakat orang asli, khidmat masyarakat, forum agama, program anak angkat, kursus solat bestari di sekolah-sekolah dan sebagainya.
  • Diploma ini telah melahirkan ramai pendakwah selebriti melalui rancangan realiti tv Islam tempatan seperti Akademi Nasyid, Pencetus Ummah, Da’i Pendakwah Nusantara dan sebagainya.

Prospek Kerjaya

  • Pegawai Dakwah
  • Pembantu Hal Ehwal Islam
  • Guru Agama
  • Penggerak Dakwah Masyarakat Orang Asli
  • Imam
  • Pembantu Tadbir
  • Konsultan
  • Pembantu Penyelidik
  • Usahawan Islam
  • Penceramah

Fakta Mengenai Bidang Dakwah Dan Pengurusan

Dakwah merupakan bidang yang luas untuk diceburi dan diterokai. Dakwah boleh diaplikasikan kepada masyarakat muslim mahupun non-muslim menggunakan pelbagai pendekatan sama ada tradisional atau moden. Hari ini, dakwah menjangkau ke sempadan lebih luas dan menggunakan pelbagai media. Ini termasuklah dakwah melalui media cetak, media elektronik dan media digital merangkumi media baru seperti aplikasi WhatsApp serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Seseorang pendakwah perlu menguasai beberapa ilmu seperti komunikasi lisan dan bukan lisan, pengucapan awam, perbandingan agama, aliran pemikiran, mazhab-mazhab, kemasyarakatan, kekeluargaan Islam dan sebagainya. Kemunculan program televisyen berkonsepkan dakwah seperti Pencetus Ummah, Ustazah Pilihan, Da’i Pendakwah Nusantara, Imam Muda dan sebagainya telah menaikkan profesyen pendakwah di mata masyarakat negara ini. Secara tidak langsung, minat anak-anak muda kepada bidang dakwah terus meningkat.

Our Main Teachers

Price : 17,200.00 RM

Max Availability : 1000

Difficulty : DIPLOMA

Location : KAMPUS UTAMA

Question




[recaptcha id:pro]