Bengkel Latihan Pengurusan Risiko

26.01.2017 (Khamis) – Pada 25hb Januari (Rabu) dan 26hb Januari 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Barakah, Latihan Pengurusan Risiko kesinambungan kepada Latihan Kepimpinan Pengurusan Atasan dan Latihan Kesedaran dan Perlaksanaan yang merupakan keperluan standard ISO9001:2015 telah dijalankan. Rangka latihan ini secara menyeluruh telah mendapat kelulusan sepenuhnya bagi semua siri latihan yang diperlukan. Latihan Pengurusan Risiko ini di sertai oleh Kakitangan Akademik dan Kakitangan Pentadbiran seramai 50 orang.  Bengkel ini berlangsung selama 2 hari bagi melengkapkan modul – modul strategi bagi menguruskan risiko biasanya termasuk memindahkan risiko tersebut pada pihak lain, mengelak risiko, mengurangkan kesan negetif kemungkinan risiko, malah menerima sebahagian atau keseluruhan kemungkinan atau akibat sebenar sesuatu risiko tertentu.