Bengkel Kreativiti & Inovasi

4.3.2017 (Sabtu) – Bengkel Kreativiti & Inovasi telah berlangsung selama sehari di Dewan Barakah,KUIPSAS yang bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam menzahirkan kreativiti serta Inovasi dalam pembelajaran.

Pelajar terdiri daripada subjek pemikiran kritis dan kreatif dan juga pelajar Diploma Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak. Perkongsian ilmu dari penceramah jemputan iaitu Ybhg. Puan Noorjahan Binti Sultan merupakan wakil Malaysia Top 50 finalis Global Teacher Prize di Dubai pada tahun 2016. Diharapkan menjadi pemangkin kepada kemahiran kreativiti serta mampu merangsang pelajar dalam menzahirkan idea.Bengkel telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Haji Ahmad Munawar bin Haji Abdul Jalil, Dekan Fakulti Pengajian Islam.