BAHAGIAN AKADEMIK DAN PENGANTARABANGSAAN

BAHAGIAN AKADEMIK DAN PENGANTARABANGSAAN

Visi

Memartabatkan pengurusan kecemerlangan akademik berdasarkan nilai-nilai utama KUIPSAS Ta’alum, Ta’awun dan Tazakkur

Misi

Tekad membangun sebagai sebuah jabatan pengurusan yang berpaksikan kecekapan, ketepatan dan mesra pelanggan

Objektif

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efisyen melalui sistem penyampaian yang berkesan kepada pelajar, kakitangan akademik, pentadbiran dan masyarakat dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan hal ehwal akademik, selari dengan visi, misi dan hala tuju Kolej Universiti. Bahagian yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti berkaitan pengurusan dan perjalanan program-program akademik semua fakulti. Ia merangkumi perkhidmatan sokongan dalam perkara-perkara akademik, pendaftaran kursus dan penjadualan, pengajaran dan pembelajaran dan rekod pelajar berkenaan peperiksaan dan pengijazahan.

SKOP UNIT JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK

  • Menyediakan ringkasan kertas kerja cadangan Senat/Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik.
  • Menyediakan minit mesyuarat Senat/Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik dan mengambil tindakan terhadap apa jua keputusan mesyuarat Senat/Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik.
  • Mengemaskini laporan/buku Senat/Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik.
  • Menyelaras penubuhan fakulti/pusat/institut dan penawaran program baru.
  • Menyelaras proses jaminan kualiti program-program akademik untuk tujuan pengiktirafan.
  • Menguruskan Prosedur Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir.
  • Menguruskan Prosedur Pengawasan Peperiksaan Akhir.
  • Menguruskan Prosedur Pengurusan Pemarkahan.
  • Menguruskan pengumpulan, pemprosesan maklumat dan kertas soalan peperiksaan.
  • Menguruskan pengeluaran jadual waktu peperiksaan.
  • Menguruskan Taklimat kepada petugas peperiksaan yang telah dilantik.
  • Menguruskan pelantikan ketua pengawas peperiksaan dan pengawas peperiksaan.
  • Menguruskan penyediaan venue dan bahan/alatan peperiksaan.
  • Menyelaraskan kutipan dan edaran skrip jawapan peperiksaan.
  • Menyelaraskan kemasukan markah peperiksaan dan pengeluaran keputusan peperiksaan.
  • Menguruskan rayuan semakan semula kursus dan rayuan menyambung pengajian.
  • Menyediakan senarai pelajar yang layak dianugerahkan Diploma/Ijazah.
  • Urusetia konvokesyen dan mengeluarkan senarai graduan.
  • Menguruskan transkrip akademik pelajar.
  • Menyelaraskan dan menguruskan data dan rekod konvokesyen.
  • Menguruskan Prosedur Penyediaan Rekod Pengajaran.
  • Menguruskan Prosedur Penilaian Berterusan Pelajar.
  • Menguruskan Prosedur Pendaftaran Kursus Pelajar Lama.
  • MerangkaTakwim Akademik KUIPSAS.
  • Menguruskan penjadualan dan pendaftaran kursus Sarjana Muda/Diploma.
  • Menguruskan pengesahan dan pelaksanaan kursus Sarjana Muda/Diploma.
  • Menguruskan penjadualan dan pendaftaran kursus.
  • Menyelaraskan dan menguruskan pendaftaran pelajar lama.
  • Menguruskan permohonan pertukaran program pengajian pelajar.
  • Mengemaskini status pelajar.
  • Mengeluarkan Surat Amaran Ketidakhadiran ke kuliah.
  • Menguruskan permohonan penangguhan pengajian.
  • Mengeluarkan Notis kepada pelajar dihalang untuk menduduki peperiksaan.
  • Menguruskan Prosedur Penganjuran Akademik
  • Menguruskan Prosedur Program Latihan Industri
  • Menguruskan perlaksanaan Program Latihan Industri bersama Ketua Unit Latihan Industri KUIPSAS
  • Pengurusan Persediaan Latihan Industri:
    1. Menguruskan penyediaaan takwim latihan industri.
    2. Menguruskan penyediaan data pelajar.
    3. Menguruskan pendaftaran modul latihan industri.
    4. Menguruskan taklimat 1 berkaitan tatacara memohon tempat Latihan Industri.
    5. Menguruskan memohon tempat latihan industri melalui unit perhubungan dan latihan industri (upli).
    6. Menguruskan memohon tempat latihan industri oleh pelajar.
    7. Menguruskan pemberian taklimat 2 berkaitan prosedur menjalani Latihan Industri dan penyediaan laporan.
    8. Menguruskan persediaan untuk pelajar melapor diri di organisasi.

     

    Pengurusan Pelaksanaan Latihan Industri :

    1. Menguruskan pengesahan lapor diri pelajar di organisasi.
    2. Menguruskan perkara yang berkait dengan proses lawatan latihan industri.
    3. Menguruskan urusan permohonan tukar tempat latihan industri
    4. Menguruskan pengendalian aduan dari organisasi.
    5. Menguruskan pengendalian aduan dari pelajar.
    6. Menguruskan makluman tamat latihan industri.

     

    Pengurusan Penilaian Latihan Industri:

    1. Menguruskan pendaftaran pengesahan tamat latihan industri.
    2. Menguruskan penilaian latihan industri.