Anugerah Kecemerlangan KELAB PERKIM UNIVERSITI

25 MEI 2018 (JUMAAT)
Turut berlangsung semasa Majlis Iftar PERKIM Kebangsaan adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelab PERKIM Universiti (KPU).
Kelab PERKIM KUIPSAS telah berjaya menerima Anugerah GANGSA bagi katogeri Tadbir Urus Kelab PERKIM Universiti.
Penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad selepas maghrib.
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan hendaklah buat secara tekun.”
Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab PERKIM KUIPSAS atas pencapaian yang membanggakan ini.
Semoga dengan kejayaan yang dikecapi ini dapat meningkatkan lagi moral semua Ahli Jawatankuasa Kelab PERKIM KUIPSAS dalam usaha meningkatkan lagi Kelab ke tahap Profesional.