Fakulti Pengajian Pengurusan ditubuhkan pada 2001. Program yang ditawarkan pada asalnya ialah Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Kewangan dan Perbankan. Pada tahun 2009, FPP mengembangkan lagi sayapnya dengan menawarkan dua program baru dalam memenuhi permintaan pasaran pada masa kini iaitu Diploma Pengurusan Kewangan Islam dan Diploma Pengurusan Pemasaran.
Terdapat tiga jabatan di bawah Fakulti Pengajian Pengurusan iaitu Jabatan Kewangan dan Perbankan, Jabatan Pengajian Perniagaan dan Jabatan Perakaunan. Terdapat dua diploma di dalam Jabatan Kewangan dan Perbankan iaitu Diploma Kewangan dan Perbankan dan Diploma Pengurusan Kewangan Islam. Bagi Jabatan Pengajian Perniagaan, dua diploma ditawarkan iaitu Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Pengurusan Pemasaran. Hanya satu diploma di dalam Jabatan Perakaunan iaitu Diploma Perakaunan.
Untuk menjadi sebuah fakulti pengurusan perniagaan berteraskan Islam yang berpengaruh di Malaysia.
© Copyright 2017. Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah