FAKULTI PASCASISWAZAH & PENGANTARABANGSAAN

FAKULTI PASCASISWAZAH & PENGANTARABANGSAAN

Visi

Bertekad untuk menjadikan KUIPSAS sebagai pusat ilmuan berteraskan agama terpilih yang melahirkan graduan siswazah beridentiti nasional dan global, kompeten, berkepimpinan dan berdaya saing sekaligus mendukung visi KUIPSAS.

Misi

Berusaha sedaya upaya untuk menawarkan program pengajian siswazah yang kompetitif di arus perdana dan antarabangsa bagi menghasilkan graduan siswazah yang memenuhi kehendak pasaran, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan member impak signifikan kepada industri dan masyarakat

Objektif

  • Memangkin dan menggerak inovasi dalam hal-hal berkaitan siswazah bagi memberi tampakan identiti dan impak KUIPSAS kepada masyarakat, negara dan dunia melalui pendidikan peringkat siswazah.
  • Memastikan kualiti pendidikan Sarjana dan Kedoktoran melalui pembangunan garis panduan dan peraturan yang berkaitan denganpengajian pascasiswazah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar pascasiswazah bagi melahirkan generasi bertaqwa, berdaya saing dan berkepimpinan melalui penawaran program bimbingan, latihan dan rundingan akademik.
  • Meningkatkan pembangunan kompetensi profesional, keusahawanan dan inovasi graduan pascasiswazah melalui penawaran program bimbingan dan latihan kemahiran insaniah.

SKOP UNIT JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK

  • Untuk pelajar yang masih menuntut dan berdaftar di KUIPSAS.
  • Untuk ibubapa pelajar KUIPSAS termasuk orang awam yang berkaitan.
  • Untuk pensyarah yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar KUIPSAS.
  • Untuk Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang berkaitan dengan pelajar.
  • Untuk organisasi dan masyarakat tempatan dan antarabangsa yang melibatkan pelajar KUIPSAS.

OPERASI UTAMA

  • Jabatan Pengajian Pascasiswazah.
  • Jabatan Pengantarabangsaan