Unit Teknologi Maklumat bertanggungjawab terhadap semua kemudahan ICT di KUIPSAS. Unit ini juga bertanggungjawab memastikan sistem-sistem maklumat utama yang digunapakai oleh KUIPSAS berada pada tahap yang efisyen. Di samping itu, unit ini bertanggungjawab dalam perihal penyelenggaraan semua kemudahan ICT yang terdapat di KUIPSAS. 

VISI DAN MISI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT KUIPSAS

Visi

  • Berazam menerajui teknologi informasi dan komunikasi terkini bagi merealisasikan matlamat visi dan misi KUIPSAS.

Misi

  • Membangunkan infrastruktur dan meningkatkan penggunaan teknologi informasi dan komunikasi terkini dengan :-
  • Menyediakan sistem rangkaian yang efisyen seluruh kampus.
  • Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran berterusan kepada teknologi informasi dan komunikasi terkini.
  • Mewujudkan persekitaran E-Kampus.
  • Melakukan penyelidikan dan pembangunan aplikasi sistem terkini secara berterusan.

OBJEKTIF UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT KUIPSAS

  • Membangun dan mengurus sistem maklumat yang cekap dan berkualiti.
  • Menyedia dan mengurus kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Menentukan kualiti, keselamatan dan integriti maklumat Kolej KUIPSAS terjamin.
  • Menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran KUIPSAS.
  • Menguruskan pelan strategik pembangunan ICT kolej.
  • Menyediakan penyaluran maklumat yang lebih efisyen ke seluruh kolej.
  • Memastikan perolehan sistem, perkakasan, perisian dan rangkaian komputer yang menepati piawaian.
  • Membantu meningkat kecekapan semua aspek pengurusan kolej.
  • Memastikan segala keperluan ICT yang disediakan dalam keadaan yang terjamin kualitinya dan penggunaannya.
  • Menyediakan kepakaran dan khidmat nasihat ICT kepada warga kolej.
  • Memastikan tahap keselamatan ICT kolej dalam keadaan yang baik.

 

FUNGSI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT KUIPSAS

  • Merancang dasar dan menyelaras penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di Kolej KUIPSAS.
  • Memberi khidmat perundingan untuk pembangunan sistem aplikasi dan perolehan peralatan serta perisian kepada kolej.
  • Membantu dalam pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem-sistem aplikasi.
  • Merancang dan mengurus rangkaian komunikasi peralatan komputer kolej.
  • Memberi khidmat sokongan dan bantuan teknikal .
  • Menetapkan tatacara dan piawaian keselamatan pengumpulan data pembangunan sistem aplikasi.

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT KUIPSAS

  • Memastikan aduan mengenai kerosakan ICT diberi khidmat bantuan sokongan teknikal dalam tempoh (8) jam bekerja setelah laporan diterima.
  • Memastikan permohonan pembangunan sistem aplikasi yang diterima dibuat kajian dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan. 

 

             

Hakcipta Terpelihara 2015 © KUIPSAS

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS),                                                                                                                                                                                                           Km. 8 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur                                                                                                                                                                                                         (T) 09-5915353 (F) 09-5364421 (E) webmaster@kuipsas.edu.my                                                                       Hak Cipta | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | FAQ

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas,                                                                                 Internet Explorer 2.0 & ke atas dan Google Chrome 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1366 x 768