VISI DAN MISI

VISI

Menyediakan sumber kemudahan dan perkhidmatan maklumat yang cemerlang bagi menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di KUIPSAS.

MISI

Menyediakan satu persekitaran yang kondusif bagi tujuan meningkat kualiti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di KUIPSAS dengan menjadikan perpustakaan pusat maklumat yang serba lengkap dan berteknologi tinggi.

OBJEKTIF

1. Memenuhi keperluan Kolej dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
2. Mengoptimumamkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat yang berkualiti.
3. Memberi perkhidmatan yang cemerlang dan mesra kepada pengguna perpustakaan.
4. Mempraktikkan sistem pengurusan perpustakaan yang berkesan baik kepada pengguna mahupun
    kepada kakitangan perpustakaan sendiri.

 PERATURAN UMUM

  •  Kad matrik hendaklah dipakai semasa memasuki / berada di dalam perpustakaan.
  • Dilarang membawa topi keledar, beg, payung, bungkusan makanan dan minuman masuk ke dalam perpustakaan.
  • Berpakaian kemas, sopan dan menutup aurat ketika memasuki perpustakaan.
  • Semua fail, kertas, alat tulis dan beg tangan yang hendak dibawa masuk hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada kakitangan bertugas.
  • Merokok, makan dan minum di dalam perpustakaan adalah dilarang.
  • Ditegah menggangu pengguna lain dan membuat bising dalam perpustakaan. Kakitangan perpustakaan berhak menyuruh mana-man pengguna keluar perpustakaan jika mereka didapati menyebabkan sesuatu gangguan.
  • Dilarang menyorok bahan perpustakaan.
  • Pengguna tidak dibenarkan sama sekali memindahkan bahan-bahan perpustakaan dari satu koleksi ke satu koleksi tanpa pinjaman.
  • Letakkan buku yang telah digunakan diatas troli yang telah disediakan supaya tidak ditinggalkan bersepah-sepah diatas meja.
  • Semua bahan perpustakaan yang hendak di bawa keluar dari perpustakaan hendaklah ditunjukkan dahulu kepada kakitangan yang bertugas di kaunter perkhidmatan.
  • Hendaklah tutup telefon bimbit / merendahkan nada dering semasa berada di dalam perpustakaan.
  • Mereka yang melanggar peraturan perpustakaan boleh dikenakan denda atau digantung keahliannya.

 

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

PELAJAR MESTILAH 

1. Menunjukkan kad matrik pelajar apabila masuk dipintu masuk perpustakaan.
2. Berpakaian kemas dan menutup aurat sesuai dengan kod berpakaian kolej.
3. Meletakkan buku-buku, fail-fail, beg laptop dan sebagainya ditempat yang telah disediakan
    oleh pihak pengurusan.
4. Meletakkan buku-buku yang telah dibaca dirak asal dimana buku itu diambil.

PELAJAR DILARANG

1. Membuat bising semasa didalam perpustakaan.
2. Membawa masuk barangan peribadi seperti beg, fail tertutup, makanan, minuman, helmet
    dan payung.

3. Menggunakan telefon bimbit, gunakan fungsi amaran senyap untuk sebarang panggilan masuk.

 KATEGORI BUKU 

Buku-buku diperpustakaan KUIPSAS disusun mengikut beberapa kategori :-
1. Pinjaman biasa ( Pinjaman selama 2 minggu = 14 hari ).
2. Kumpulan Buku Rezak ( KBR ) ( Pinjaman selama 2 jam sahaja ).
3. Buku Rujukan ( Reference ) ( Pinjaman dalam perpustakaan sahaja ).

 JUMLAH PINJAMAN

1. Pelajar 8 buah buku.
2. Kakitangan Akademik 12 buah buku.
3. Kakitangan pengurusan dan sokongan 4 buah buku.
4. Rakan perpustakaan 10 buah buku.

PERATURAN PINJAMAN

1. Pelajar ( 12 minggu = 14 hari ).
2. Kakitangan akademik ( 3 bulan ).
3. Kakitangan pengurusan dan sokongan ( 1 bulan ).
4. Rakan perpustakaan ( 1 bulan ).
⃰ Denda RM0.20 sehari untuk sebarang kelewatan pemulangan bahan bacaan.

GARIS PANDUAN DENDA DAN KEHILANGAN BUKU

1. Pengguna yang berdaftar boleh meminjam buku seperti berikut :
Kategori Jumlah   Tempoh
1. Kakitangan Akademik  12 3 Bulan
2. Kakitangan Pengurusan @ Sokongan  4 1 Bulan
3. Rakan Perpustakaan  10 1 Bulan
4. Pelajar KUIPSAS 8 2 Minggu    

2. Bagi peminjam yang lewat memperbaharui atau memulangkan buku, denda sebanyak RM 0.20 sehari akan dikenakan dan maksimum RM 3 untuk sebulan.

3. Bagi peminjam yang menghilangkan buku terdapat 2 cara bagi menggantikan buku tersebut.

Cara Pertama :

 ( Harga buku x 2 ) + ( Wang Proses RM 20 ) + Denda Lewat Pulang 

Cara Kedua :

  1. Peminjam membeli sendiri buku tersebut dan menghantar ke bahagian perolehan.
  2. Walau bagaimanapun peminjam masih perlu membayar RM 20 (wang proses) dan dnda lewat pulang

 

             

Hakcipta Terpelihara 2015 © KUIPSAS

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS),                                                                                                                                                                                                           Km. 8 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur                                                                                                                                                                                                         (T) 09-5915353 (F) 09-5364421 (E) webmaster@kuipsas.edu.my                                                                       Hak Cipta | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | FAQ

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas,                                                                                 Internet Explorer 2.0 & ke atas dan Google Chrome 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1366 x 768