FAKULTI BAHASA DAN PENGAJIAN ASASI

PENGENALAN

Fakulti Bahasa dan Pengajian Asasi di tubuhkan selaras dengan naiktaraf  Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) kepada Kolej  Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Pada asalnya, hanya terdapat satu jabatan iaitu Jabatan Bahasa yang menawarkan perkhidmatan subjek wajib kolej iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada semua diploma di KUIPSAS.

 

PENAWARAN DIPLOMA IN ENGLISH

Selaras dengan perkembangan dan kepentingan Bahasa Inggeris di peringkat global dan juga dalam menzahirkan Falsafah KUIPSAS untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan bertakwa, Fakulti Bahasa Dan Pengajian Asasi menawarkan program Diploma In English bagi membuka peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, SPTM, SPVM dan STAM untuk meneroka bidang Bahasa Inggeris.

 

Nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran, kepakaran tenaga pengajar serta suasana kolej yang kondusif, akan mendorong pelajar-pelajar melihat bidang Bahasa Inggeris dari perspektif yang berbeza.

 

PROSPEK KERJAYA

Graduan kelahiran Diploma In English ini boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti-universiti tempatan, menabur bakti dalam bidang kerjaya seperti penyunting, penulis buku, pendakwah, pakar motivasi, wartawan, pendidik, eksekutif dalam pelbagai bidang, penterjemah dan sebagainya.

 

MENGAPA PERLU MEMILIH DIPLOMA IN ENGLISH DI KUIPSAS?

  • Diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan diakreditasi oleh MQA.
  • Kurikulum dibentuk oleh panel penggubal yang terdiri daripada pakar dalam bidang Bahasa Inggeris dari universiti tempatan.
  • Bidang Bahasa Inggeris sangat luas dan di guna pakai di peringkat global.
  • Yuran pengajian tidak membebankan dan bantuan kewangan ada di sediakan bagi mereka yang layak.
  • Penerapan nilai-nilai Islam dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Kaedah pembelajaran yang tidak membosankan.

 

SYARAT KEMASUKAN

1.         Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam 3 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris;atau

2.            Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM(atau setara); atau

3.         Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris sama ada di peringkat SPM (atau setara) atau STPM; atau

4.         Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat maqbul dan lulus mata pelajaran bahasa yang berkaitan di peringkat SPM (atau setara); atau

5.         Kelayakan lain yang diiktiraf setara denganya oleh Kerajaan Malaysia

 

TEMPOH PENGAJIAN

    3 tahun (6 semester)

             

Hakcipta Terpelihara 2015 © KUIPSAS

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS),                                                                                                                                                                                                           Km. 8 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur                                                                                                                                                                                                         (T) 09-5915353 (F) 09-5364421 (E) webmaster@kuipsas.edu.my                                                                       Hak Cipta | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | FAQ

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas,                                                                                 Internet Explorer 2.0 & ke atas dan Google Chrome 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1366 x 768